Owner
Blog ini adalah kepunyaan Farid Ashaari. Beliau merupakan seorang budak lelaki yang boleh dikatakan agak hensem orangnya. Boleh juga dikatakan gila kerana buat blog yang sebegini rupa. Blog ini adalah blog beliau yang pertama menggunakan hosting yang berbayar. Sebelum ini, blog beliau adalah blog percuma. Untuk meningkatkan kredibiliti beliau didalam bidang Internet Marketing, beliau menggunakan blog yang berbayar.
Beliau telah menceburkan diri didalam bidang Internet Marketing pada tahun 2010. Beliau juga telah mempelajari selok belok perniagaan internet sehingga beliau “fed-up” dan berhenti seketika untuk menumpukan pelajaran beliau di Universiti. Beliau juga merupakan seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam. Mengambil jurusan pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mengambil masa 4 tahun untuk menghabiskan pelajaran beliau di UITM Shah Alam.
Masih belum mengeluarkan produk digitalnya sendiri dan berkira-kira untuk mengeluarkan produk sendiri pada tahun 2011. Tunggu sahaja kemunculannya. Masih solo dan sentiasa bercerita tentang Lisa Surihani, yang sememangnya aktress yang paling diminati. Hehe. Berkira-kira untuk mendapat awek seperti Lisa Surihani dan sememangnya teringin untuk berlakon disamping aktress tersebut.
Didalam dunia digital, beliau selalu menggunakan nama samaran “redfar”. Sebenarnya tiada apa yang istimewa cuma nama sendiri diterbalikkan. Huhu. Mempunyai misi yang ingin dicapai sebelum grad. Diharap misi tersebut tercapai dengan jayanya.
Harap anda dapat berikan kerjasama kepadanya. Terima kasih.
SHARING IS CARING



