Perniagaan vs Program
Jul 13
Saban hari kita mungkin didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah untuk menjana wang di internet. Ada kaedah yang boleh kita aplikasikan dan ada juga yang tidak masuk akal, terutamanya teknik-teknik yang berasaskan prinsip 4D (Duduk Diam Dapat Duit). Jadi, dalam hal ini kita harus bijak dan berwaspada agar tidak tertipu.
Perniagaan atau program? Ya, dalam usaha menjana wang diinternet kita akan sering mendengar 2 ungkapan ini. Dalam artikel kali ini, saya tak akan membincangkan tentang program mengarut yang sering menipu orang ramai tetapi saya akan bincangkan mengenai program yang benar-benar sah dan memberikan pendapatan lumayan.
Perniagaan diinternet ialah anda memiliki produk atau servis dan menawarkannya melalui internet sebagai medium promosi. Dalam perniagaan, anda adalah 100% pemiliknya dan mengawalnya secara total. Begitu juga dengan keuntungan, anda mendapatnya secara total namun kadang kala anda mungkin berkongsi sedikit komisen dengan rakan-rakan yang membantu anda. Itu ialah perniagaan, dimana anda memiliki produk / servis dan menjualnya.
Untuk program pula, contohnya affiliate dan adsense, anda hanya menyertai pengelola program dan menjana wang apabila anda berjaya menghasilkan jualan untuk mereka. Adsense, walaupun tak nampak apa yang dijual tetapi secara tak langsung anda membantu orang ramai klik pada iklan mereka dan mereka akan dapat untung dari cost per click mereka..sebagai ganjaran, anda turut diberikan komisen untuk setiap klik yang anda promosikan. Bagi affiliate, anda bertindak sebagai agen mempromosikan produk yg dijual. Komisen pula akan diberikan apabila terdapat jualan melalui link anda.
Namun begitu, mengikuti program sebegini ada kekurangannya kerana:
1. Anda terikat dengan syarat pengelola
2. Program boleh dihentikan bila-bila masa tanpa kerelaan anda
3. Keuntungan tidak begitu besar, sekitar 50% dari harga jualan
4. mempromosikan produk orang lain memerlukan anda memahami produk
yang bakal dijual..jika tak, macamana nak menyakinkan orang lain?5. Kadang kala komisen tidak dijelaskan
![]()
Yang baiknya ialah, anda tak perlu berbelanja banyak seperti membeli hosting, domain, buat website dan buat produk sendiri.
Jika anda memilih perniagaan, anda harus mencari produk untuk dijual, buat website dan sebagainya. Mungkin juga akan mengambil masa. Namun begitu, ianya memberikan banyak kelebihan:
1. 100% dibawah kawalan anda, bebas untuk letakkan harga yang sesuai
2. Dilihat sebagai pakar, kerana mampu menghasilkan produk yang baik
3. Perniagaan akan tamat apabila anda mahu menamatkannya sahaja, maknanya
ia kekal selagi anda mahu menguruskannya4. Untung 100%, kecuali anda melantik agen promosi dimana komisen harus dibayar
5. Anda faham apa yang anda cipta, mudah untuk meyakinkan orang ramai
6. Jaminan pembayaran, kerana bayaran dilakukan terlebih dahulu sebelum produk
dihantar
Perbandingan diatas bukanlah untuk menentukan mana yang baik mana yang buruk tetapi ianya sebagai panduan untuk anda memilih bidang mana yang ingin anda ceburi dan fokus. Kedua-duanya sama baik..tapi untuk menjadikannya lebih efektif, maka anda harus fokus terhadap satu bidang dahulu.
Kalau nak kedua -duanya sekaligus, boleh..tapi, jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat!
Jika tiada kemahiran cipta produk sendiri, sertai program terlebih dahulu. Bila dah berjaya, tuliskan pengalaman kejayaan anda, jadikannya produk dan sertai perniagaan menjual produk informasi pula. Inilah strategi serampang 2 mata tetapi, ianya bukan berlaku sekelip mata kerana semua ini memerlukan masa dan usaha yang gigih.
Semoga artikel ini membantu anda untuk menentukan hala tuju anda apabila menceburi bidang pemasaran internet ini.
===================================================================================
Julius Salok Kassy merupakan seorang usahawan internet yang telah berkecimpung semenjak 2008 lagi dan menghasilkan beberapa produk yang telah membantu ramai usahawan tempatan. Antara produk beliau yang telah membantu usahawan tempatan ialah ebook Rahsia Pemasaran JV dan Pakej Mini PLR. Beliau juga turut aktif berkongsikan info dan ilmu melalui blog beliau, www.produkplr.com/blog.




Pergh, hati-hati bila nak buat bisnes di internet ni…:)
Harfiz@Bizstudent recently post..Alhamdulillah,Dapat Komisen Lagi!