Rahsia Strategi Pemasaran Internet Marketer

Jun 30

Rahsia Strategi Pemasaran Internet Marketer

Pada post kali ini, aku nak berkongsi sedikit rahsia sebenar pemasar internet melakukan pemasaran di internet. Idea mengenai post ini aku dapat dari blog Otai EBAY iaitu Eruwandi Blog Rahsia Raja Lelong. Post kali ini adalah review mengenai post di blog tersebut yang berkaitan dengan Strategi Pemasaran Too Fast Too Furious.

Artikel ini memang sangat-sangat menarik perhatian saya dan memang menyedarkan saya bahawa produk informasi yang selalu dijual oleh pemasar internet (IM) tidak akan berkubur.

Kenapa saya katakan begitu?

Artikel yang ditulis oleh Saudara Eruwan Gerry adalah berkaitan tentang Strategi Pemasaran “Too Fast Too Furious” yang bagaimana penerbit filem tersebut menjadikan filemnya sentiasa mendapat jumlah kutipan yang tinggi dan menjadikan ianya satu brand atau jenama. Bila orang sebut tentang kereta, drift, lumba kereta dan sebagainya, orang akan ingat “Too Fast Too Furious”. Betul kan?

Jadi, bila ianya sudah ada nama jenama maka dengan mudah orang akan ikut untuk terus mengikuti cerita yang sama dipaparkan tetapi berlainan aksi, watak dan jalan ceritanya sedikit diubah. :)

Cuba tengok untuk filem lain, agak-agak filem apa? Pirate Of The Curry Kacang Carribean? Jangan Pandang Belakang Congkak? Disinilah strategi pemasaran digunakan. Bila ianya sudah ada nama maka mudah untuk dijual. Strategi pemasaran digunakan untuk menjual dengan menggunakan nama tersebut.

Apakah kaitannya dengan strategi pemasaran internet?

Tak nampak lagi? Tidak mengapa, aku boleh terangkan. Ok, kita ambil contoh Saudara Eruwan Gerry sendiri yang sememangnya Otai Ebay. :)

Nama jenama di sini adalah Ebay itu sendiri. Nampak x? Jadi, Saudara Eruwan Gerry hanya memanipulasi dengan menggunakan strategi pemasaran yang berkesan dengan menjual produk berkaitan Ebay.

Sebagai contohnya Saudara Eruwan Gerry menjual produk Video Panduan Ebay dan orang ramai berpusu-pusu mendapatkan produk tersebut. Apabila melihat ramai yang mendapatkan panduan tersebut maka akan terbitlah idea dan strategi yang seterusnya untuk memperkembangkan lagi bagi menjadikan dirinya pula diikuti bila mengeluarkan produk.

Jadi, muncullah produk yang seterusnya berkaitan dengan Ebay seperti  Pakej Import Dari China yang mana berkiatan dengan mendapatkan produk untuk dijual dilaman Ebay. Selain itu, Pakej Jana Trafik Ebay yang mana ianya bagaimana menjana trafik tanpa henti dari laman Ebay.

Pakej Jana Trafik eBay

Nampak tak tentang strategi tersebut? Fuhh! Mantap!

Jadi selepas ini, aku rasa mesti ramai yang akan memulakan langkah untuk mencipta produk informasi berkaitan perniagaan internet. Ok, sebagai contoh kita ambil nama jenama Affiliate.  Produk yang boleh kita keluarkan adalah Video Rahsia Menjadi Pakar Affiliate, Jana Wang Melalui Affiliate, Panduan Affiliate A to Z dan banyak lagi. Kalau di artikel yang dikeluarkan di blog Rahsia Raja Lelong, contohnya seperti Pemasaran Affiliate Melalui Facebook, Pemasaran Affiliate Melalui Blog dan banyak lagi. :)

Rasanya dah bersepah produk affiliate ni di pasaran kan? Tapi, kenapa orang masih membeli? Hehe. Orang sentiasa mahukan informasi yang “up to date”. Jadi pasti ada teknik-teknik atau strategi baru dalam pemasaran produk informasi yang orang mahukan. :)

Harap-harap korang semua faham tentang rahsia strategi pemasaran Internet Marketer ini. Jadi, bolehlah korang cipta produk korang sendiri dengan strategi ini. Apa yang penting didalam pemasaran internet adalah tindakan kita dalam mencipta sesuatu produk dan strategi dalam memasarkan produk kita. :)

Sharing Is Caring

p/s : Artikel ini adalah review dari artikel di blog Rahsia Raja Lelong. Anda boleh baca keseluruhan artikel di http://rahsiarajalelong.com/blog/pemasaran-internet/strategi-pemasaran-too-fast-too-furious/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak disini :

2 comments

  1. Ada can nak dapat top 3 nie tuan.:)

    p/s:tapi saya pun review artikel yang sama, hehe

Leave a Reply

CommentLuv badge