Review Panduan Blogshop
Jun 28
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog ini.
Rasanya ini “first time” buat review mengenai ebook Internet Marketer (IM) di Malaysia. Ok, untuk kali ini aku nak memberi sedikit review mengenai produk yang baru dilancarkan oleh IM Malaysia iaitu Panduan Blogshop.
Panduan Blogshop ini dibuat oleh Saudara Amirul Mukmin iaitu IM yang telah lama berkecimpung dalam dunia Internet Marketing ini. Rasanya boleh baca sendiri mengenai beliau di blog beliau. Search kat google nama tu keluarlah blog mengenai beliau.
Review Panduan Blogshop :
- Terdapat 12 video yang terdapat didalam panduan ini. Setiap video ini semua adalah dibawah kurang dari 10 minit.
- Panduan ini menerangkan bagaimana untuk membuat blogshop sendiri dengan menggunakan medium WordPress.
- Untuk video pertama, akan diajar bagaimana untuk memasang blog wordpress bagi setup blogshop sendiri.
- Untuk video ke 2, akan diajar bagaimana untuk upload theme yang sesuai untuk blogshop anda nampak menarik. Boleh juga gunakan theme lain yang rasa sesuai.
- Untuk video ke 3, akan diajar mengenai bahagian setting-setting yang penting didalam wordpress. Ini adalah untuk memastikan blogshop kita mesra dengan enjin carian.
Senang orang nak cari kedai kita kat internet ni. - Untuk video ke 4 hingga ke 9, akan diajar untuk penetapan “plug in” dan page yang penting bagi memastikan kedai anda tidak diceroboh oleh pihak luar, cara untuk menghubungi anda, cara isi borang pembelian dan banyak lagi.
- Untuk video ke 10 hingga ke 12, akan diajar bagaimana memasukkan artikel mengenai produk anda dan membuat tetapan untuk theme anda.
Jadi untuk panduan ini ianya amat sesuai bagi mereka yang tidak tahu mengenai wordpress dan bagaimana untuk melakukan setting didalam wordpress. Bagi mereka yang ingin membuat kedai sendiri untuk menjual produk di internet melalui blog. Amat disarankan untuk mendapatkan Panduan Blogshop ini.
Sharing Is Caring



