Terpaksa berkorban…
Nov 17
Post ini dibuat semasa umat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha. Sebagai umat Islam aku pun tidak terlepas untuk turut serta dalam ibadah korban. Hehe. :) Jadi kenalah berkorban sikit, bagi masa untuk bergotong-royong, bantu-membantu menumbangkan lembu untuk korban.
Fuh! Memang payah nak tumbangkan seekor lembu. Kalau buat sorang-sorang memang payah. Cuba ramai-ramai., pasti mudah kan?
Kat kampung lain sikit, lembu diagih ikut ahli kariah. Tak tahu pula kalau bandar. Hehe. Hari raya pertama ini, ada 6 ekor lembu yang dikorbankan. Banyak juga tu. Ada lagi! Hehe. Hari sabtu ini. InsyaAllah akan upload gambar pula kali ini. Lupa ambil gambar kontrol macho time tumbangkan lembu. (serius taw)
Seperti yang kita sedia maklum, korban adalah berkorban apa sahaja.
Nak tahu ker? Ok lar, terangkan sikit.
Maksud Korban:-
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.




berkorban dengan keikhlasan..
betul tu kak nora..
Salam, Bro….good article…kadang-kadang alaupun kita tahu satu-satu perkara ttapi dah lama tak baca tak ingatkan dia..lama-lama jadi karat…
dulu belajar ilmu2 korban time sekolah.. sekarang dah tak sekolah, tu yg lupa..
Yup….dulu belajar baca buku nak lulus periksa jer…patutnya ilmu tu dibawa ke dalam hati…jangan lupa kenalah amalkannya…tak gitu
Yang pastinya lain orang lain erti pengorbanan. Bagi saya sambut hari raya korban betul2 memberi impak serta kelainan kepada diri saya..BIla beraya diperantauan.Teringat kan kampung halaman makan enak2 kn. DUk kt perantauan nk jumpa makanan pun susah di hari haru raya ni. Betul2 menguji ketabahan dalam hidup
.. [HOHO dah jadi macam essay dah pulak]
memang la tepat sekali….berkorban apa saja…